CaRi Kt SiNi

Friday 11 May 2012

Selamat Hari Ibu

Sajak ini di cipta dan ditujukan khas buat mak tersayang Puan Salasiah Din, ibu mertua Puan Jamilah@ Som, buat semua ibu2 angkat yang diingati dan tak lupa juga kepada semua kaum-kaum ibu walau di mana jua anda berada...


Mak,
Terima kasih kerana
Mengandungkan ku
Melahirkan ku
Menyusukan ku
Membesarkan ku
Menyekolahkan ku
Mendidik ku 
Tanpa rasa jemu
Tanpamu siapalah aku
Kasih sayangmu bagaikan lautan tak bertepian 

Mak,
Ku tahu kau sengsara
Ku tahu kau derita
Siang kau tersenyum
Malam kau kehibaan
Ku tahu mak ku tahu . . .

Mak,
Terima kasih
Atas setiap pengorbananmu
Atas setiap kesabaranmu
Atas setiap titisan air susumu
Atas setiap titis air matamu
Atas setiap gelak tawamu
Atas segala-galanya 
Yang tak terbalas oleh anak-anakmu
Terlalu besar untuk diungkapkan
Kau berkorban apa saja demi anak-anak tercinta
Agar menjadi manusia berguna


Mak,
Jasamu akan ku ingat dan ku semat
Di dalam lubuk hatiku yang dalam
Agar aku menjadi insan
Sekuat ... setabah mu
i love you mak




1 comments:

Anonymous said...

Happy mother's day

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn