CaRi Kt SiNi

Tuesday 28 June 2011

Antara masaalah kesihatan yang memalukan kaum wanita


ANDA tidak bersendirian. Umumnya, jutaan wanita di muka bumi ini hidup dengan rasa malu kerana masalah pembuangan air kecil yang kerap, peluh berlebihan, faraj berbau, angin dan beberapa masalah lain yang ‘sewaktu’ dengannya.

Mereka langsung tidak mahu berbincang mengenainya. Fikir mereka, ‘‘Biarlah ia menjadi rahsia diriku seorang.’’

Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta nafas yang kurang menyegarkan.

Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana.

Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi berdiam diri berpeluk tubuh mengenainya. Kita mulakan dengan:

Kerap membuang air kecil

Tiada data yang dapat memberitahu jumlah sebenar wanita-wanita di negara ini yang menderitai masalah ini.

Bagaimanapun, sebagai perbandingan dengan negara yang selalunya dijadikan rujukan iaitu Amerika Syarikat (AS), ia mengganggu lebih 17 juta warga wanitanya.

Namun dengan jumlah sebesar itu, masih lagi mereka berasa gusar untuk ‘berbual-bual’ dengan doktor mengenainya.

Pada pendapat mereka, jika anda telah dilatih untuk menggunakan tandas sejak kecil lagi, kenapa pula anda tidak boleh mengawalnya kini?

Isu ini turut dilihat mempunyai kaitan dengan faktor penuaan dan pada dasarnya, jarang orang yang mahu mengaku tua.

Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun.

Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.

Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri.

Jangan fikir doktor akan mengadili anda yang bukan-bukan. Malah, kemungkinan besar doktor tersebut boleh membantu.

Anda hanya perlu mengadakan temu janji dan berjumpa doktor. Kemudian katakan dengan yakin: ‘‘Saya mengalami masalah kebocoran kencing (tidak dapat mengawal kencing atau kerap membuang air kecil).’’

Tip pengurusan yang anda pandai-pandai lakukan sendiri di rumah ada ketikanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Misalnya, ada sesetengah wanita yang pundi kencingnya terlalu aktif ini mengambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan cecair.

Logiknya ada di situ tetapi apa yang anda tidak tahu adalah, tindakan itu sebenarnya akan meningkatkan keradangan pundi kencing dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.

Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang normal? Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid).

Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian pemakanan dan senaman kegel (kemut) berupaya membantu menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.

Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.

Angin

Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya.

Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja.

Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang.

Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.

Sindrom usus rengsa (IBS)

‘‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap pula ke tandas (cirit-birit),’’ kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Yayasan Antarabangsa bagi Gangguan Fungsi Gastrousus yang berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin, ia menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.

Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.

Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus.

Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.

Perpeluhan melampau

Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?

Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.

“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.

Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.

Alat sulit berbau
Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis, kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.

‘‘Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan tepat.

‘‘Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,’’ katanya.
Pokok pangkalnya, berbincanglah dengan doktor anda.

Lemah keinginan syahwat

Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.

‘‘Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi mahupun sosial. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua aspek bagi menentukan punca penyebabnya,’’ kata Pakar Sakit Tuan yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.

Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (sosial).

‘‘Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).

‘‘Isu-isu biologi seperti penyakit jantung dan diabetes atau ubat-ubatan yang menjejaskan rangsangan seks turut memainkan peranan di dalam masalah ini,’’ jelasnya.

Sunday 26 June 2011

Balik Kampung...

Dah 2 minggu asyik2 dok teringat kt ibu mertua kt Sik nun.. Akhirnya selamat juga sampai hari nie.... Walaupun sekejap saja... terubatlah sedikit rindu tue... hu hu hu... yang best nya...tak sangka la pulak kali nie musim buah-buahan. Turun2 ja kereta mak dh rancak bercerita pasal buah. Borak-borak jugak perut tak sarapan pagi lagi.. aku pun bergegas la ke dapur menjerang air, sementara suamiku pergi ke kedai membeli roti canai. Pergh.... korang tau tak apa yg aku jumpa kt dapur.. selonggok durian. Best gila aku dapat makan roti canai cicah durian... nikmatnya.... erm......  terbaekkkkkkkkkkkkkkkk..



Selesai ja bersarapan kami terus ke dusun mencari durian kot2 ada lagi yang gugur dan kait buah rambutan. Satu guni nk pos kt Kak Yamah n Abg. Rahim setengah guni untuk kami.. Kali nie diorang tak balik.. tapi minggu depan sume dh sepakat nk balik... baru meriah rumah Tok Milah...



Tuesday 14 June 2011

Anniversary

Salam buat semua yang melayari blog ini...

ToDaY .. 15 June genaplah 8 tahun lynn n hubby melayari bahtera alam perlahwinan..Dalam 8 tahun nie bermacam-macam onak duri yang kami tempuhi. Dalam berumah tangga pasti ada pasang surutnya... Kadangkala memang menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai. Adatlah ada pahit ada manis, asam garam hidup berumah tangga. Dengan Izin yang Maha Esa kita dapat atasinya satu persatu...Akhirnya membawa kebahagian buat kami  dan kini kami sudah bertiga.. bersama Muhammad Isma Danial. Kehadiranmu sayang mengukuhkan lagi hubungan mama dengan abah... LoVe YoU So MuCh...
Sesungguhnya hanya tuhan saja yang mengerti dan fahami segala rintihan, keluhan dan luahan hati sepasang suami isteri ini... susah nak digambarkan , payah untuk diungkapkan, tiada kata, tiada bahasa, tiada isyarat yang nak diberikan untuk menggambarkan perasaan ini.
Terlalu istemewa, terlalu dalam, terlalu berharga dan terlalu bernilai erti sebuah perkahwinan ini, sukar untuk dibayangkan jika tiada kasih sayang dalam kebahagiaan...
Jiwa yang kosong telah diisi, hati yang suci telah dinodai, perasaan yang goyah telah kau kukuhkan, semuanya dijadikan satu dalam diri...
Keranamu .. kami jadi satu..
Keranamu.. kami bersatu..
Keranamu.. kami menyatu..

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Alhamdullillah kini.... segalanya semakin bersinar dan lynn berdoa agar ia akan terus bergemerlapan...
Doakan kami sekeluarga ya...

Abang,
          selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan KiTa yang ke 8 tahun.. Insyaallah kita akan berusaha tingkatkan lagi apa yg kurang dan perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada..

Saturday 11 June 2011

HaPPeNNinG...

Walaupun penat.... Lynn still lagi duk depan laptop nie...Gara-gara entry nie la... Lynn gembira bila tengok anak-anak buah Lynn gembira.. Happy yang berganda-ganda happy nya... ha ha ha over la pulak... Opss!!! terlebih sudah...
Rancang punya rancang  jadi jugak rancangan Lynn nak bawak anak-anak  jalan-jalan... Rancangan pertama ...nk pi Taiping x jadi... akhirnya Lynn tukar plan .. melawat ke Petrosains Dino Trek2 di Aeon Jusco Bandar Perda, Taman Burung Seberang Jaya n membuat lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

 Penerangan mengenai bahagian2 perpustakaan
 Bahagian Rujukan
 Bahagian OKU
Belajar Braille

 Anak mama...


 Mama n Cutah

 Dino Trek
Pelbagai game yang di sediakan...









 
Gambar ini dirakamkan sebelum bertolak balik... 
TriP YanG HaPPeNNinG


Wednesday 8 June 2011

Sungguh tak ku sangka, Drama yang ditayangkan di Slot Akasia TV 3 " Nora Elena nie rupa-rupanya di adaptasi dari Novel Kasih  Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Novel nie memang best dah 7 kali Mamalynn baca.... ha ha ha..Disini MamaLynn kongsikan sinopsis untuk tatapan kalian



SiNoPsiS NoRa EleNa

Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).
Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.
Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?
Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia.

Dapatkah Nora Elena menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

Ini merupakan lagu tema yang Mamalynn paling suka....
Berubah

Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalku sendiri
Kelam seluruh jiwaku
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Ooo.. Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

Semuanya telah berakhir.. Ooo..
Semuanya telah berakhir

Oh kasih


Tuesday 7 June 2011

Entry Pertamaku Di Dunia Blog..

Alhamdullillah, akhirnya dapat juga Lynn siapkan blog yang tak seberapa ini.. Super Duper Busy kebelakangan nie. Walau macam mana pun Lynn tetap cuba luangkan sedikit masa untuk hasilkan juga blog ini. Berinternet nie sebenaqnya dah lama dh.. cuma sebelum nie Lynn hanya ber "yahoo messenger" n bersosial di laman sosial " Friendster" saja.
Rasa nak ber "blog" nie makin meluap-luap sejak balik dari Kursus Blog yang dianjurkan Jabatan Lynn pada 2 Jun 2011 Khamis lepas. Berbekalkan ilmu yang ada maka terhasillah blog ini. Percubaan yang boleh dikatakan berjayalah... he he he

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Mamalynn nie baru duk belajar,
Kalau salah mohon tunjuk ajarkan.

Don't expect to much from this blog... I'm not that good in blogging... Baru duk belajar merangkak step by step...
Enjoy visiting this blog and do leave comments okey...

See you again in the next entry. 
Adios.................

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn