CaRi Kt SiNi

Thursday 29 December 2011

Selamat Tinggal 2011.. Selamat Datang 2012

MaKaN NaSi BeRsAmA BuDu
HiDaNg BeRsAmA IkAn CeNcArU
SeLaMaT MeNyAmBuT TaHuN BaRu
SeMoGa KiTa SuKsEs SeLaLu

Detik demi detik.. hari demi hari hingga bulan berganti bulan telah mengusung cerita, suka … duka.. menjadi warna yang nyata dalam hidup kita.. Tapi biarkan ia berlalu menjadi sejarah dan kenangan yang terindah yang terpahat kukuh dalam hidup kita..


Selamat menyambut TaHuN BaRu 2012 , biarpun TaHuN 2012 ini datang dengan pelbagai kontroversi dan spekulasi.... perjalanan hidup setiap diantara kita adalah berbeza dan yang pasti hidup akan diteruskan. Semperna tahun baru 2012 ini lynn harapkan kita semua akan peroleh kehidupan yang lebih bermakna, disamping visi, misi baru, dan hari-hari yang baru yang akan lebih bererti dari hari semalam.
Semoga Allah akan memberkati kita dan semoga tahun ini akan jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Wednesday 28 December 2011

Sepetang at Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut

Erm.... dh bersawang bloq nie dekat 4 minggu dh tak update... hu hu hu super duper busy kebelakangan nie... bulan disember nie sibuk bebenau.. dengan kursus la, seminar la, bengkel la, mesyuarat la, SKT la... windu n dah gatal tangan nak ping entry2 baru... Petang semalam anak sdara lynn call nk minta tolong antar dia ke SP. Kebetulan lynn cuti arytu jd mau tak mau kna la antar.... sementara nk tnggu dia jmpa kawan dia, lynn sempat hubungi teman lama lynn yang duk kt area citu. Dia bawa lynn jalan-jalan sekitar Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut. Tak sangka upanya kt situ ada Hutan Paya Bakau terbesar yang dilindungi di Malaysia.

Kompleks jeti tue terdiri daripada Muzium Hutan Simpan Paya Bakau Auditorium, Dewan serbaguna, Pusat maklumat pelancongan, ponton jeti dan kawasan muatan bot. Kemudahan asas yang disediakan anaranya tempat letak kereta, jambatan ponton, tandas, restoran pesisir sungai, kedai cenderamata dan juga surau. Terdapat juga laluan pejalan kaki konkrit 1 km panjangnya, dimana ia menawarkan gambaran yang lebih dekat mengenai hutan bakau kawasan sekitar.


First time lynn tengok dapur membakar kayu arang kt sini. Seronok dapat menikmati kehijauan alam ciptaan tuhan.Cantik sangat... kalau dapat menyelusuri keindahan alam dengan bot lagi best... next time nak ronda2 dengan bot plak la... mesti lagi happenning...

Masa on the way nak balik kami singgah kt gerai tepi jalan .. macam-macam siput ada dijual kt situ antaranya lokan, mentarag, kepah dan juga tiram. He he he lynn beli lokan 3 kilo n mentarang 3 kilo.. balik nak jamu adik beradik makan... sayangnya my favourite suput sudu tak ada.... erm.....
Thanks friend coz sudi teman lynn kemarin.... Kenangan yang tak
mungkin lynn lupakan sampai bila2...

Thursday 8 December 2011

Kutitipkan kata-kata ini buat insan-insan yang kusayangi....

Biarlah dirantai derita, biar juga dibasahi hujan duka.. tabahlah wahai hati agar dapat menemui kunci kebahagiaanmu...Percayalah wahai sang hati... akan ada kesenangan selepas kesusahan dan akan ada kebahagiaan selepas kesedihan....

Adakalanya kita perlu menangis
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
Adakalanya kita perlu ketawa
Agar kita tahu mahalnya nilai setitis air mata
Syukur kiranya ada yang menyakitimu
Kerana dia mengajarmu erti tabah
Syukurlah kiranya ada yang tidak memperdulikanmu
Kerana dia mengajarmu berdikari
Syukur jika ada yang menjatuhkanmu
Kerana dia menghebatkan untuk terus bangun lagi
Syukur kiranya yang menyiksamu
Kerana dia mengajarmu erti kesabaran & ketabahan








Tuesday 6 December 2011

Ombak Rindu Watching......


Alhamdullillah akhirnya dapat jugak lynn tonton Filem Ombak Rindu nie.. Walau pun dh 4 hari ditayangkan akhirnya.... best giler... Sebuah lagi karya hebat dari Novel Terlaris "Fauziah Ashaari"  TAHNIAH!!!!!!
Rasanya dh lebey 10 kali lynn baca novel nie.. tiap kali baca tiap kali gak la meleleh air mata... tersentuh dengan jalan ceritanya... Duk dlm panggung pun duk sedu sedan ...he he he... 

Ombak Rindu adalah karya Fauziah Ashari yang dihasilkan kira-kira 12 tahun yang lalu. Ia mengangkat kisah cinta romantik seorang gadis kampung yang terjerat ke lembah hina sehinggalah Hariz muncul menjadi 
penyelamat masa depannya.


SINOPSIS

Izzah adalah seorang anak yatim piatu, sejak kematian ibu dan ayahnya ayah saudaranya lah yang mengambil tugas memelihara Izzah. Izzah dilacur oleh bapa saudaranya sendiri serta sering berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidup dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan Maya Karin.
Disebabkan kesempitan wang Izzah dijual kepada seorang tauke Kelab Malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz lakonan Aaron Aziz. Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal  dan mahu membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz bersetuju mengahwininya, tetapi dengan syarat semuanya mestilah dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak kepada Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair lakonan Lisa Surihani menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran insan ke tiga?







CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn