CaRi Kt SiNi

Friday 25 November 2011

SaLaM Maal Hijrah

Esok  kita akan melangkah ke Tahun Baharu Hijrah. Lynn nak kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk korang baca. Semoga semua amalan kita diterima dan semua dosa diampun oleh Nya. Dan juga semoga kita menjadi insan yang lebih mulia, bertakwa dan berhijrah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini... Amin


Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun ini  digalakan baca sebelum kita mula "Berhijrah". Ia dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Magrib pada akhir bulan Zulhijjah.



Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat ..  Baca jangan tak baca yer..sama-sama kita ingat mengingatkan sesama kita...

Tuesday 22 November 2011

Jangan sesekali kamu . . .


Jangan sesekali kamu bersikap kejam, memberikan harapan kepada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya

Jangan sesekali kamu menatap tepat kematanya jika semua yang kamu lakukan hanya dengan kepalsuan belaka

Jangan sesekali kamu mengambil berat keatas dirinya terlalu berlebihan, cukup sekadar bersimpati. Kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu

Jangan sesekali kamu mengatakan “AKU CINTA PADAMU” sedangkan hanya nafsu yang bertahta dihati

Jangan sesekali kamu tertarik pada rupa parasnya, kerana keindahan tersebut bisa melalaikankan dan menyesatkan anda

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan itu akan lenyap dengan sekelip mata

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang yang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Illahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada NYA..

(Sumber : Mohd. Rusdi Ramlee)



Monday 21 November 2011

Panduan Segarkan Keintiman Suami

Baru-baru nie lynn dihubungi dengan teman lama biarlah nama nya dirahsiakan, banyak benda yang kitaorang borakkan... terutama masaalah yang dihadapinya. Salah satunya tentang hubungan seks. bukannya membuka pekung di dada cuma dia ingin share n dalam masa yang sama dia  memerlukan nasihat... lynn pun bukannya pandai sangat.. 3 hari wt research dapat la sedikit maklumat. Lynn terpanggil untuk share maklumat nie hope sangat2 dapat membantu orang-oang yang senasib dengan sahabat lynn td.

* * * * * * * * * * *
Suami mesti lihat isteri dengan pandangan mata hati, jangan tengok BODY tapi tengoklah BUDI dan JASANYA. Bersyukurlah wahai para suami memperoleh isteri yang sedemikian. Dialah lah yang menjagamu dikala sakit, makan minum mu dijaga setiap hari, mengandungkan , melahirkan  membesarkan zuriat-zuriatmu,  membuat kerja rumah tanpa ada istilah penat dan jemu..
Isteri pun sama jugak tengok lah suami dari pandangan mata hati . Jangan duk merungut rambut botak lah, rambut putih macam tokwan la, perut buncit la.. wahai para isteri lihatlah dengan pandangan mata hati.. RAMBUT yang putih tu lah yang selalu memikirkan untuk mencari nafkah, rezeki untuk mu dan juga anak-anakmu.. Oleh yang demikian jangan lah sedua-duanya cepat melatah... Cepat-cepat lah sedar dan cuba baiki diri masing-masing.. Tiada yang sempurna melainkan dia Yang Esa

* * * * * * * * * * *

APABILA telah menempuh alam rumah tangga untuk satu jangka masa yang lama, pastinya belaian dan sentuhan manja pasangan suami isteri semakin pudar sedikit demi sedikit. Si dia tidak lagi memerhatikan pasangan ketika berjalan masuk ke kamar.

Atau, sejak kebelakangan ini, si dia asyik menonton perlawanan bola sepak tanpa mengerjakan hal-hal lain, sehinggakan segala permintaan yang dipinta tidak dipedulikan.
Sekiranya sudah sampai ke tahap sedemikian, tibalah masanya untuk kamu melakukan sesuatu, demi mempertahankan keutuhan rumah tangga, sekali gus dapat meningkatkan keintiman kamu bersama.
Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana caranya untuk menyegarkan keintiman dalam melayari alam perkahwinan dengan mencalit secubit rasa cemburu kepada si dia.

Hari pertama: Cermin diri
Terokai bayangan diri kamu menerusi cermin. Bilakah hari terakhir kamu ke salon kecantikan atau menukar stail rambut? Buat temu janji dengan pakar kecantikan untuk mengubah dan mereka gaya rambut terkini, lulur badan serta membuat rawatan pedicure dan manicure.
Ingat, tiada siapapun yang akan mencemburui diri kamu sekiranya berani berpenampilan versatil dan vouge.

Hari kedua: Manjakan diri
Ingin menjadi wanita dambaan lelaki? Sekiranya jawapanya ‘ya’, laburkan wang simpanan demi kebahagiaan kamu dan pasangan. Belilah sepasang sepatu hitam dan kenakan baju rekaan terkini. Biarpun harganya murah dan tiada jenama, asalkan bergaya.
Luangkan masa membeli-belah pakaian dalam yang bercorak luar biasa, tetapi jangan terlalu menggoda.
Ketika kamu pulang ke rumah, letakkan barangan yang dibeli itu di tempat yang tersembunyi dan kamu tidak perlu membuka satu persatu barangan yang dibeli di hadapannya. Bagi membangkitkan suasana romantis, biarkan sedikit renda pakaian dalam terkeluar daripada bungkusannya.
Jangan sesekali bercerita tentang barangan tersebut ketika si dia tiba di rumah. Malah, kenakan pakaian dalam pada hari pertama anda membelinya. Biar si dia terkejut dengan penampilan anda di malam hari.

Hari ketiga: Berhibur dengan teman wanita
Hindari daripada membuang masa di rumah berseorangan. Cipta suatu hobi agar kamu menjadi seorang wanita yang terlalu sibuk. Bergaul dengan teman-teman yang si dia tidak kenali di luar rumah. Buatlah sesuatu agar si dia tahu anda seorang wanita paling bahagia sekiranya tanpa dia di sisi.

Hari keempat: Luangkan masa ke gimnasium
Pastikan bahawa pusat gimnasium yang dihadiri itu dibuka untuk pasangan lelaki dan perempuan. Di depannya, sebut sepintas lalu beberapa nama teman lelaki yang ada di sana dan bagaimana mereka lakukan senaman.
Beritahu kepadanya betapa kamu menghargai usaha yang dilakukan mereka untuk memiliki tubuh yang mantap.

Hari kelima: Timbulkan rasa tanda tanya
Sekiranya kamu sudah selesai menjalani rutin harian di rumah seperti memasak, mandi dan berdandan, jangan lupa menikmati makan malam nan indah bersamanya. Jika dia memuji masakan kamu, jangan tunjukkan bahawa anda terkejut dengan pujiannya itu.

Hari keenam: Manfaat jiran tetangga
Untuk mengembalikan hubungan yang semakin pudar, minta bantuan daripada jiran tetangga untuk memperbaiki barangan dapur elektrik yang rosak di kediaman kamu. Pastikan jiran kamu itu masih berada di sekitar kamu ketika si dia datang menghampiri. Cara ini sememangnya mencabar keupayaan si dia sekali gus membuktikan bahawa kamu amat memerlukan bantuan daripada si dia berbanding jiran.

Hari ketujuh: Cukup setakat itu sahaja
Jika kamu benar-benar mencintainya, tidak perlu lagi kamu berusaha bermati-matian semata-mata untuk melukai hatinya. Cukuplah kamu menguji keimanannya selama seminggu agar ia tidak memberi kesan mendalam terhadap perhubungan.
Kadang-kadang, perbicaraan dari hati ke hati adalah medium komunikasi paling berkesan dalam menyegarkan alam perkahwinan. Katakan kepadanya, dialah cinta pertama dalam hidup kamu dan tiada siapapun yang dapat menandinginya. Lelaki inginkan dirinya dihargai dan dipuji walaupun tidak selalu.
Andai kamu mempunyai kematangan secara emosional, seksi, tolak ansur dan penuh kasih sayang, tiada alasan untuknya tidak mahu berdampingan dengan kamu pada setiap masa.


Seseorang muslim dituntut untuk sentiasa berusaha, iringi dengan doa, tetapi dalam masa yang sama dia dituntut ( selebas berusaha) untuk bertawakal kepada Allah SWT.
Kemudian menantikan hasilnya seperti yang dikehendakinya dan ketentuan Allah SWT


Monday 14 November 2011

AiR MaTa SeOrAnG WaNiTa..

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn