CaRi Kt SiNi

Monday 28 May 2012

Karnival Perpustakaan 2012

Jumaat lepas opis Lyn telah melaksanakan  satu program untuk menggalak dan memupuk minat membaca dikalangan masyarakat Penang  iaitu Karnival Perpustakaan - Jom Pakat-Pakai Mai & semperna Celebrating The 50th Anniversary Of Peace Corp. Lyn dan kawan2 Daerah SPS telah di pertugaskan untuk mengendalikan Pertandingan Bercerita.. Fuhh.... ketaq beb tiba2 Pegawai suruh jd MC pagi tu... Lyn sahut cabaran tu, lagipun  semua kawan  lain tak berani lain la kalau Cym..  dia meme berbakat. Suara dia meme terbaek... Dalam waktu yang sama dia plak ditugaskan menjadi juri...mau tak mau Lyn kena wt jugak la. Mula ja ketaq pastu stedy dh.. cewah....... ha ha ha... Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar...








Saturday 26 May 2012

Berlibur at Batu Feringhi

Meme dah jadi hobi asal cuti saja mesti x lekat kat umah . . . memancing la, ke sana la ke sini la.... Life must enjoy tak gitue . . . he he he ayat tak ley blah kan. Plan nk p blah Balik Pulau tapi waktu tak mengizinkan . . . sbb waktu tue dh pukul 5 lebey dh... jd kt cini ajalah ley lepak2 pun.



 Apa yang ada pada laut erk....? sampaikan Lyn, Atih n Mak suka sangat dengan laut . . . cukup sekadar dapat tengok laut , main d gigi-gigi ombak ia amat mendamaikan hati . . . seronok tak terkata.

 Lain la kalau si anak truna tunggal Lyn tu berkubang tak hingga-hingga.  Paklang dia pun kaki melayan lagi naik kepala la budak tu. Haish.... sampai tak boleh ditegur. Maktok dia pun dh pening kepala . . .  Paklang jala ikan yang anak sdara mengekoq kot blakang duk kutip ikan. he he he best gak skali skala cm nie... slalu lepak2 ja tak sangka kali ni Alang bawak jala.. fuhh.. puas ati banyak gak dapat ikan ,ketam 2 eko n udang ada 8 eko.. jenuh siang... hu hu hu. Gambo menjala x sempat nk snap waktu tue bateri dh low gile dh...



Tak besa dibuat orang waktu2 magrib masih tepi laut ha ha ha.. hari ini dalam sejarah la... sampai sekoq manusia pn dh tak da kt citu waktu tu.. hanya kami anak beranak ja yg tinggal... Tepat kul 8 bru kami gerak.   Puas kami  gomol si Cino kucing garfiel kepunyaan Alang. Besaq sungguh..... nak dokong pn tak larat.. haiiya manyak busat... he he he


Tuesday 22 May 2012

My DaD...

Mula2 p hantar mak kt umah Alang dulu, pastu baru kami p mlawat abah kt umah mak tiri. Cian Abah masih tak sihat2 lagi... Luka operation masih belum sembuh, usus pun blum dimasukkan semula lagi. Menurut  doktor 3 bulan baru usus akan dimasukkan semula ke tempat asalnya..

 Luka yang belum sembuh.... dh jahit tapi buka balik... hu hu hu

Alhamdullillah waktu kami sampai tu mak tiri n anak beranak tak da kt umah jadi kami bebas la nk brcakap2 dengan abah... masuk-masuk abah dh tanya " mana mak ampa tak mai ka" ya allah lyn serba salah nk jawab sebenarnya mujurlah atih cepat2 mencelah.." mak tak cihat" sebenarnya kami dh hantar mak kt umah Alang. Mana mungkin bertemu dengan manusia itu..  Nampak jelas abah trlalu mengharap kedatangan mak..." maafkan kak abah.... mak tak boleh p rumah tue.." mulut lyn bagai terkunci daripada terus bersuara... rasa sebak menyelubungi diri tatkala mendengar suara abah yang tak putus-putus bertanya tentang keadaan mak. Rindu kepada isteri pertamanya, namun apa lah daya, kini dia tak mampu berbuat apa2... Mak juga rindukan abah, sejak abah masuk Hospital lagi mak dh kurang selera makan.. Hanya perbualan telefon saja la yang dapat melepaskan rindu mak kepada abah buat sementara nie... Insyaallah kalau abah dh boleh berjalan nanti kami akan bawak abah balik Sungai Kechil. Itu yang abah  harap2kan sangatkan.. dan kepulangan abah juga akan disambut gembira oleh mak nanti... mereka terpisah oleh keadaan....maaf abah kak tak boleh duduk lama kemarin, Atih nak cepat2 keluar bukan apa dia tak mau bertembung dengan makcik... kalau boleh semua hati kak nak jaga, kak tak mau ada yang terasa hati.. tapi kak juga manusia biasa yang ada kelemahannya... dalam 7 orang anak-anak abah hanya kak sorang anak perempuan abah yang boleh bersua muka dengan makcik n adik bradik sana selain Along n Alang... kak hemoi sebab nak jaga hati abah... kadang2 kak terpaksa menipu untuk kebaikan kita semua... kak rela dipersalahkan asalkan kita semua bahagia... perkara yang lalu biarkan lah berlalu tak usah di ungkitkan lagi....

Tuesday 15 May 2012

Realiti Kehidupan

~ Seandainya hidup ini punca perpisahan . . . biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan . . . biarlah hidup memberi erti yang nyata ~




Pernah tak korang rasa hidup ini bagaikan mimpi ???? bagi Lynn hidup ini memang kekadang tak seindah mimpi, lain yang diharapkan lain yang menjadi . . . korang setuju tak dengan  pendapat Lynn tue? kekadang manis kekadang pahit . . . inilah resam kehidupan. Tuhan sentiasa menguji hambanya.. however mimpi dikatakan indah sebab selalunya dalam mimpi tiada halangan dan cabaran unlike in the reality . . . tapi cemana indah pun mimpi, sure akan berakhir  juga bila kita jaga dan macam mana indah pun hidup, sure akan berakhir dengan kematian. So apa yang indah kalau semuanya hanya sementara? Hidup ini pun nyata sementara. Kita hanyalah pinjaman Allah swt, mimpi (tidur) juga dikira mati kecil. ia tetap sementara. tapi yang indah itu sendiri boleh dicipta kalau hati kita tahu bersyukur @ mungkin yang sementara itu sendiri akan membuatkan sesuatu yang indah walau hanya seketika . . .
Wake up !!!!!!!!!!!! jangan hidup dalam mimpi . . . Selama mana kita masih di buai mimpi . . . selama itulah juga kita akan hilang nikmat mengecapi realiti . . . mimpi . . . impian . . . khayalan . . . dan angan-angan umpama kepulan asap yang akan hilang tiba-tiba bila sang bayu muncul . . . sepahit-pahit realiti  . .  pasti tak setanding, sehebat manisnya mimpi . . . kerana realiti itu nyata ada.








Friday 11 May 2012

Selamat Hari Ibu

Sajak ini di cipta dan ditujukan khas buat mak tersayang Puan Salasiah Din, ibu mertua Puan Jamilah@ Som, buat semua ibu2 angkat yang diingati dan tak lupa juga kepada semua kaum-kaum ibu walau di mana jua anda berada...


Mak,
Terima kasih kerana
Mengandungkan ku
Melahirkan ku
Menyusukan ku
Membesarkan ku
Menyekolahkan ku
Mendidik ku 
Tanpa rasa jemu
Tanpamu siapalah aku
Kasih sayangmu bagaikan lautan tak bertepian 

Mak,
Ku tahu kau sengsara
Ku tahu kau derita
Siang kau tersenyum
Malam kau kehibaan
Ku tahu mak ku tahu . . .

Mak,
Terima kasih
Atas setiap pengorbananmu
Atas setiap kesabaranmu
Atas setiap titisan air susumu
Atas setiap titis air matamu
Atas setiap gelak tawamu
Atas segala-galanya 
Yang tak terbalas oleh anak-anakmu
Terlalu besar untuk diungkapkan
Kau berkorban apa saja demi anak-anak tercinta
Agar menjadi manusia berguna


Mak,
Jasamu akan ku ingat dan ku semat
Di dalam lubuk hatiku yang dalam
Agar aku menjadi insan
Sekuat ... setabah mu
i love you mak




Dedikasi buat teman FBku ~> Ellyzz Katrina <~

LaRa HaTi...

Kini..
Ku kembali ke daerah itu
Menyelusuri ruang-ruang hatiku
Yang kelam....
Yang suram...
Tanpa dia disisi

Hatiku hancur berantakan
Aku dipermainkan
Aku dikhianati
Aku disakiti
Oleh insan yang ku sayang

Kini..
Aku sedar aku bukan siapa-siapa dihatimu
Aku tak setabah Siti Khadijah yang kau kagumi
Aku tak secantik bidadari kayangan
Aku tak sehebat dia yang kau puja
Aku juga manusia biasa
Punya hati dan perasaan 
Ingin disayangi
Ingin dicintai
Ingin dikasihi
Andai ini suratan yang maha esa
 Aku redha...

Pergilah duka pergilah sengsara
Tak ingin aku berpaling lagi
Biar ku bawa hati yang lara ini 
Bersama kenangan manis tak kan ku lupa
Kenangan pahit menghentam dijiwa

(Nurkilan terpelihara)

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn