CaRi Kt SiNi

Tuesday 25 October 2011

RaHsiA CiuMaN LeLaKi

Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda?  Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia?  Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?


Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak-kanak kecil yang comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak-kanak itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?


Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yang perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar-benar dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda untuk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian-bahagian tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yang berbeza lagi tersendiri.



Ciuman  pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yang dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yang berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yang istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi, itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba-tiba  mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yang terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba-tiba suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba-tiba pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut
Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja untuk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yang anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.


Info dari: Homefamilysite


Monday 24 October 2011

Gelora..

Kan ku biarkan hati ini terus berbicara
Agar terurai segala maksud terpendam
Supaya dapat kau fahami
Akan semua yang terjadi . . .

Kan ku biarkan tinta ini menulis
Agar terbongkar segala hasrat hati
Terubat segala kesakitan di jiwa
Yang bersarang nun jauh lubuk dihati

Kan ku biarkan angin lalu terus berbisik
Agar dapat ku  dengari yang indah-indah
Bercerita tentang kau dan aku
Akan kenangan masa lalu
Abadi bersama selamanya...

Nurkilan terpelihara..

Saturday 22 October 2011

Atas permintaan . . .

Untuk tidak menghampakan permintaan sahabat baik lynn, maka lynn cuba juga hasilkan sajak ini walaupun gaya bahasanya agak kureng  he he he..... Sue, lynn harap sue menyukainya... lepas nie lynn wt yg lebih menyenget no... ha ha ha.. boley la ko send sajak nie kt someone tue....



Episod Cinta

Sayangku ,
Semalam aku kau tinggalkan
Kenapa sayang  kenapa?
Saat aku perlukan ..
Belaian dan  dakapan hangatmu
Kau pergi tanpa bicara..
Sayangku,
Kini kau bersama dia..
Insan yang  bertahta dihatimu
Antara kalian terpancar
Rasa kasih mesra dan cinta
Remuk hatiku  melihat kemesraan itu
Keintimanmu  kesengsaraan bagiku
Sayangku,
Ku tahu kini kau dalam dilemma
Siapakah pilihanmu?
Aku atau pun dia…
Walau siapa pun pilihanmu
Aku redha…
Kehangatan kasih kita
Akan aku abadikan
Dalam kamus asmara ..
Nurkilan terpelihara

Thursday 20 October 2011

~SENYUM~




"Senyum tak perlu kata apa-apa.". Jadi bila kita senyum semua orang akan berjangkit... he he he betul tak? Dengan senyuman ia dapat menceriakan hari, menenangkan hati kita.. setuju tak ??? Senyumlah jika anda mahukan orang lain tersenyum kepada anda..
Ingat yer !!! bahasa paling indah adalah SENYUMAN. Senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidak menyakitkan bahkan menjadi penawar kepada segala penyakit hati... 
Senyum- senyum lah selalu...








Wednesday 19 October 2011

Lagi Banjir


Petang tadi hujan punya lah lebat.. mujurlah lynn p kerja dengan kereta hari nie... kalu tak haru biru jugak lah jdnya. Balik kerja td hati rasa tak sedap sangat, plan  mulanya nk trus balik umah, tak tau knapa laju ja lynn drive masuk simpang ke rumah mak. Dari jauh dh nampak  air sungai penuh.. tak sempat nk jejak kaki kt tanah lagi dh kena sergah dengan Paklong, " call abang hang la nie jugak ayaq dh melimpah,  depa yg lain pn  x da kt umah heran la berjalan ja kerja depa". Waktu tu Pakcik ngan Paklong duk tengah buat pelenggaq tengah rumah..  lynn pn dengan secepat kilat masuk bilik tukar pakai short pants. Mula lah operasi menggulung tikar, angkat almari, n selamatkan barang-barang elektrik. Turut menyelamatkan anak si memey... anak miaw la.. kali nie ayaq masuk cepat sungguh.. abis kain baju terendam tak sempat diselamatkan.. Thanks kepada kawan2 hubby yang turut sama membantu mengangkat mesin basuh td... jasa korang kami sekeluarga hargai..Sampai sekarang paras air makin meningkat.. ujan pun duk turun lagi...



Monday 17 October 2011

Today's Activities

Walaupun sepatutnya hari nie aku bercuti, tapi jabatan ku ada menganjurkan satu bengkel penulisan.. mau tak mau kana jugak ettend.. "THE SECRETOF EFFECTIVE WRITING" By Paul S. Sochaczewski U.S Travel Writer and Former Peace Corps. Volunteer in Sarawak.


 Selesai aja bengkel tersebut aku bergegas pulang. Biasa lah nama pun cuti apa barang duk ingat hal-hal kerja lagi time-time nie. Lepas antar Officemate balik, aku terus ke rumah maklang... rindukan si kecik IRDINA SOFEA. Lagi pula ada kiriman dari Aunty Wani n Aunty Inni buat si kecik tu..
Ralit duk main dengan si kecik nie jam dah pun pukul 1.30 aku trus ke sekolah menjemput anakku Isma pulang. Erm.... akai demam dia mai lagi...  2 minggu lepas abah dia kna, kali nie aku plak kna getah nk makan KFC.. hu hu hu... kerana kasih aku turutkan..After makan KFC  terus  ke Jabatan Pendaftaran Negara dekat Jawi.. entah malaon mana tah yg tibai ic, brukband aku .. x pasai-pasai melayang 60 hengget denda ic hilang... hampes pnya orang menyusahkan aku aje.. Sebulan jugak la aku ke hulu hilir tanpa ic. Kebetulan petang td tak ada apa nk buat aku ajak la Muhammad Isma dengan Chutah jogging. Lama dh rasanya tak berjogging nih... Destinasi wajib aku la.. Taman Sanglang juga dikenali dengan Taman JPS. Tempat lepak aku tiap2 petang lepas balik kerja.. Tempat jatuh lagi dikenang... cewah.... tempat sejarah nih...  dulu waktu sekolah kalu rasa nk ponteng  tempat nie la aku ngan kawan2 singgah.. ha ha ha... banyak kenangan dengan kawan-kawan kt situ... uiks, mengimbau kenangan lalu la plak... no no no... simpan ketat-ketat kenangan tersebut he he he...


Wednesday 5 October 2011

Sekadar Bingkisan

KENANGAN SEMALAM

Kasihku,
Takdir yang memisahkan kita
Takdir jua yang menemukan kita
Biarpun hanya di alam maya
Namun impaknya cukup kuat
Buat kita berdua
Andai waktu dapat di undurkan kembali
Ingin slalu aku berada di saat itu
Saat kau cuba mencuri hatiku
Aku bahagia


Kasihku,
Pertemuaan ini membawa seribu erti buat kita
Kesuraman semalam kini ceria kembali
Tidak terungkap dengan kata-kata
Biarlah hati yang berbicara
Hanya satu pintaku
Sayangilah, cintailah diriku
Sejujur hatimu . .
Mungkin sudah suratan illahi
Kita hanya bisa mengenali
Tapi . . .
Bukan untuk dimiliki dan memiliki

Kasihku,
Walau apa pun terjadi . . .
Usah ditangisi pada sebuah ketentuan
Ketentuan ini sudah tertulis buat kita
Kasihku padamu tetap teguh
Biarpun gelora dilambung badai . . .
Izinkan aku terus menyayangimu . . .
Mencintaimu . . .
Sehingga nafasku yang terakhir

Nurkilan terpelihara

Monday 3 October 2011

Life..

LIFE is Adventure ... Dare it
LIFE is a Love..... Enjoy it
LIFE is Tragedy ... Face it
LIFE is Struggle ... Fight it
LIFE is a Promise ... Full Fill It



My favourite song ... lot of memories with...


"That's Why (You Go Away)" MLTR


Baby want you tell me why there is sadness in your eyes
I don't wanna say goodbye to you
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

You're the one who set it up
Now you're the one to make it stop
I'm the one who's feeling lost right now
Now you want me to forget every little thing you said
But there is something left in my head

* CHORUS : I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know

You were never satisfied no matter how I tried
Now you wanna say goodbye to me
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

* REPEAT CHORUS

Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There is so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore 

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn