CaRi Kt SiNi

Sunday 31 July 2011

Selamat berpuasa

SeLasA cari RaBu  nak tanya nampak tak KhAmIs agar ingatkan JuMaaT supaya bagitau SaBtU supaya tak lupa mesej kat AhAd yang IsNiN dah puasa . . . . Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga Ramadhan kali ini kita  dapat mempertingkatkan amalan kita. Mudah mudahan


Thursday 21 July 2011

Seminggu tanpa entry...

Salam 1Malaysia wt semua rakan-rakan. Dah seminggu rupanya Lynn x writedown kt entry nie no. . . . minggu lepas Lynn cibuk sangat.. mana dengan Jabatan wat Karnival la . . . bawa akak p bli barang-barang baby la... adik pakai laptop la . . . erm . . .
x de cite nk kna cari cite nie . . . he he he . .haa . . . boley la Lynn sharekan sedikit cerita lawak no . . may be korang dh penah baca cerita seumpama ini . . . he he he memandangkan Lynn suke sangat cerita ni jadi Lynn nak share lah ngan korang . . .

Alkisah tersebutlah kisah . . . . . wakaka

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli,
biasalah malam
pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni?
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."


wakaka........ Lynn suke korang cemana suke tak?...

Wednesday 13 July 2011

KePuLaNgAn YaNg DiNaNti..


Mula2 dia call... tengok ke number memang tak kenai... bila dengaq ja suara... "saja call lama tak conteck rindu..." ya allah anak sdara kesayangan upanya... dapat sembang sat saja pun... dia kata nnti dia call lain.
Sejak bertugas kt IPD Marang jarang-jarang dapat dengaq suara dia, kesibukan kerja membataskan segalanya...mujurlah ada FB boley gak duk berchatting2..
Sambil borak-borak ngan hubby tentang dia.. tup-tup dengaq deruan kereta depan umah. Alangkah terkejutnya dan gembiranya tengok anak kesayangan ada depan pintu.... kata ada kt GaNu... GaNu hotak dia.... saja suka wt surprise...
Alhamdullillah tercapai jugak hasrat nak jadi PoLiS... MaKsU n PaKsu tumpang seronok.
Thanks kerana blanja MaKsu,PaKsU n AbG. LonG makan kat KaRi CoNNeR semalam 
MyRoL,
           MaKsu n PaKsu harap sangat2 ang dapat jaga mak abah n adik2 ang semua.Walaupun depa bukan sedara kandung namun depa jaga ang macam anak sendiri. Kasih sayang dibahagikan sama rata...n i want you to know FaMiLy is EvErYtHiNg...so please take care of them

Monday 11 July 2011

Rounda2 KaT Ladang AnGGuR

Alang-alang balik kampung kali nie lynn mengambil kesempatan membawa Makngah yang baru datang dari Pahang, mak, maklang, ibu mertua serta Danial ke Ladang Anggur Tasik Beris di Daerah Sik Kedah. Daerah kelahiran En suami dan juga rumah mertua.


First time mak, maklang dengan makngah sampai kt Ladang Anggur Beris nie. Tiket masuk bagi dewasa RM3 seorang manakala kanak-kanak RM2.
Sian kt En. Suami.. kita orang tinggal dia dengan harapan dapatlah ke kebun mengait buah rambutan dan manggis.. Rupa-rupanya ujan lebat. "Cian abang len kali kita p len k"

 Ladang anggur nie berkeluasan 34 ekar bersebelahan dengan Tasek Beris (Beris Lake Vineyard) mempunyai 4 varieti anggur iaitu Black Opal, Black Grape,White Malaga dan Loose Pelite.
Waktu kami sampai hanya anggur jenis Black Grape n Loose Pelite aje yang berbuah. Jenis Black Opal n White Malaga belum musim agaknya tak pun sudah dipetik.
Terdapat juga sebuah kedai yang menjual pelbagai produk berasaskan anggur. Antaranya jus/kordial, jem/ losyen/ sabun/ Krim mandi dan yang pastinya juga buah anggur segar yang dipetik dari ladang.
Buah anggur yang dijual disini agak mahal berbanding di pasaran. 1 paket dijual dengan harga RM 12.50
Rasanya agak pejal, manis dan buahnya juga tak ada biji


Sunday 10 July 2011

My Cousin...

Dua hari lepas lynn dan keluarga sempat ziarah cousin lynn yang baru selesai menjalani pembedahan telinganya.. 2 hari jugaklah YiE koma...kata Doktor kalau dibiarkan ia boleh menyebabkan kanser otak. Nanah yang ada di dalam telinga dia dh makan tempurung kepala. Ya allah mujurlah cepat bertindak.....


Masa kitaorang sampai tu YiE dh boleh keluar.
Korang bayangkan lah  orang yang sakit nie boleh drive dari Hospital Penang ke Bukit Mertajam, dri Bukit Mertajam ke Kulim, dari Kulim ke Bukit mertajam semula dan dari Bukit Mertajam balik ke umah kita orang di Nibong Tebal...nampak aja ok... korang tau apa jd pada malam tue..
Ya allah..... hanya tuhan saja yang tahu sakit yang dialami cousin lynn tue....tak sanggup Lynn nk tengok keadaan dia pada waktu tue...muka dia dh pucat lesi menahan sakit.... urat2 kepala timbul..... nasib baik la ada ubat penahan sakit.... 5 minit lepas makan ubat tu YiE tertidur....
Semua mak n ayah2 sedara marah.. kenapa lah bagi dia drive sndri... punya lah jauh dia drive... mungkin terentak dan pergerakan yang tak stabil tue yang membuatkan YiE terpaksa menaggung sakit pada malam tue...
YiE kitaorang sedara kt Penang nie sayang ke awak. Kitaorang harap awak akan sembuh dan akan kembali sihat seperti biasa.

HaRi EsOk TeTaP MeNjAdI TaNdA TaNyA..YaNg PaStI HaRi InI AkAn MeNiNgGaLkAN KiTa UnTuK KitA MeLaKaR SeJaRaH BuAt HaRi EsOk DaN HaRi-HaRi MeNdAtAnG....

Pertunangan My Bro

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat semua yg sedang menjenggah blog ini...

I have so..... many work to do n so... many of entry yang duk tunggu turn untuk di publishkan.... Ha....Weekend kemarin (3th July 2011) my beloved, hansome brother abang dean dah pun selamat bertunang dengan pilihan hatinya Akak Aspalaila. Congratz bro... kerana abang dah pun menukar status diri abang skrang..
Sorrylah lambat cikit no bru dapat publishkan entry nie.. bukan apa kali ni orang lain yg jadi cmeramen jd mau tak mau kna lah tnggu org tue send gambar dulu....

 BaKaL MeNaNtU MaK
 MaKaN GuLa.....
 SeBaHagIaN HaNtArAn GuBaHaN MaKsU & PaKsU



Monday 4 July 2011

SaYanG..

Kita tak pernah terlepas dari perasaan untuk menyayangi dan disayangi... Sebagai manusia kita memang dilahirkan dengan fitrah untuk berkasih sayang.. Skop kasih sayang ini amatlah meluas. Bukan hanya kasih sayang pada kekasih... kasih sayang pada keluarga, kawan-kawan malahan haiwan juga... Kat sini Lynn terpanggil untuk membicarakan tentang isu ini..

Apakah yang anda faham tentang SaYanG
Panggilan " SaYanG" adakah anda menzahirkan apa yang anda ungkapkan itu atau sekadar suka-suka nak panggil kt sapa-sapa saja..??

SaYanG adalah apabila ada kejujuran, kepercayaan, saling memahami, saling menerima buruk dan baik, kelebihan dan kelemahan, saling mengambil berat, perkongsian ke arah satu tujuan yang sama.... iaitu perkahwinan...

Mungkin akan ada sedikit prejudis, sedikit egois atau sangsi... tapi semua tertabir dengan rasa bahagia disayangi dan menyayangi.... rasa rindu... jauh jadi dekat.. sepanjang masa teringat dan terfikirkan dia... dia buatkan kekurangan kita jadi kelebihan dan hati kita tenang...
SaYanG ... mungkin mengharapkan dia berbuat segalanya untuk kita... tapi ... pada masa yang sama kita akan cuba untuk tidak menyusahkan atau membebankan dia... bermanja bukan alasan untuk merimaskan dia dengan rengek-rengekkan... sebaliknya cuba memanjakannya dengan tolak ansur adalah tindakan yang lebih matang...

Kerana perhubungan ini dibina bukan untuk setahun dua.... tetapi untuk dunia dan akhirat... maka Allah lah Yang Maha Tahu.... Kepadanya kita berdoa agar sekiranya dia adalah untuk kita maka agar dipermudahkan segalanya dan dipanjnagkan jodoh, sekiranya dia bukan untuk kita, jauhkanlah hati kita dari terus menyayanginya....

Walaupun SaYanG memerlukan pengorbanan... tetapi restu ibubapa bukan salah satu daripadanya... selamatnya hidup anak adalah dengan keredhaan ibubapanya.....
................................................
i say what i mean n i mean what i say... kalau dah panggil SaYanG tue.. bermakna SaYanG lah ... kalau tak SaYanG x kan nak panggil SaYanG... apa yang penting Lynn SaYanG pada 2 KeKaSiH HaTi nie...



" Apa yang penting ...Jangan sesekali tinggalkan orang yang kita SaYanG untuk kerana orang yang kite suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SaYanG....Jangan cuba dapatkan apa yang kita SaYanG.. tetapi... sayanglah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SaYanG.... kerana orang yang sayangkan kita mungkin orang yang sebenarnye kita SaYanG... lebih baik untuk kita bersama orang yang sayangkan kita dari orang yang kita SaYanG... kerana orang yang kita sayang mungkin hanya sukakan kita tanpa rasa SaYanG ....."

Keharmonian Rumah Tangga

4 perkara capai keharmonian rumah tangga


BAGI kehidupan sebuah keluarga bahagia dan harmoni, perasaan atau emosi suami isteri perlu sebati. Untuk mencapai tahap kesebatian emosi, kedua-duanya perlu hidup dalam suasana diliputi cinta, kasih-sayang, saling memahami dan bekerjasama dalam erti kata sebenarnya.
Kejernihan hubungan ini tidak harus dirosakkan atau dicemari sesuatu perkara pun, malahan tiada perkara yang harus menimbulkan kegelisahan mana-mana pihak.
Aspek pergaulan antara suami isteri, ibu bapa dan anak serta adik-beradik sama penting dengan asas pembentukan rumah tangga harmoni.
Oleh itu, aspek ini perlu diberi perhatian serius setiap pasangan suami isteri dan sesiapa saja yang ingin memasuki alam rumah tangga.
Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan kecemerlangannya, pergaulan antara anggota keluarga, terutama suami isteri, perlu diliputi empat unsur iaitu cinta atau kasih sayang, saling memahami, kerjasama dan keikhlasan.
Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah suatu unsur yang suci dalam pergaulan suami isteri.
Cinta yang dimaksudkan bukan kata-kata manis yang hanya sedap didengar diucapkan oleh lidah tetapi cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati.
Ia juga digambarkan dengan layanan serta pergaulan yang baik lagi mesra kerana tanpa cinta sejati tiada persefahaman, kerjasama dan keikhlasan. Malah, tanpa cinta, perasaan keseronokan, keceriaan dan kebahagiaan sama sekali tidak muncul.
Selain itu, dalam usaha mewujudkan persefahaman dalam rumah tangga, pasangan suami isteri tidak perlu bersusah payah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, cuma menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk.
Mungkin ada masalah tertentu terpaksa dihadapi sesebuah keluarga atau berlaku perkara tidak diduga. Tetapi dengan persefahaman antara anggota keluarga segala masalah akan dapat diatasi dengan baik.
Demikian juga, sikap saling memahami antara satu sama lain, dapat mengelak rasa curiga dan prasangka yang puncanya selalu tidak jelas.
Sebuah rumah tangga tidak boleh ditegakkan dengan jaya jika anggotanya tidak menunaikan tugas atau tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.
Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami yang baik tidak akan membiarkan isterinya bertungkus-lumus bekerja di rumah, sedangkan dia tidak membuat apa-apa kerja.
Begitu juga isteri yang memiliki harta banyak tetapi sedikitpun tidak mahu menyumbang untuk kebahagiaan keluarga.
Suami isteri yang demikian adalah bersifat ‘keakuan’, tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga yang ingin mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan.
Sikap seperti ini juga merosakkan kemesraan pergaulan suami isteri dan anggota lain dalam keluarga.
Dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia, suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan keluarga kepada akibat buruk.
Rumah tangga akan kerap dilanda pergolakan dan perselisihan faham menyebabkan terhakisnya keadaan tenteram serta tenang yang membawa kebahagiaan kepada keluarga.
Firman Allah yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih-sayang. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21).
Jika empat perkara yang disebut dan dibincangkan dapat direalisasikan dalam pergaulan suami isteri dan ahli keluarga lain, ikatan serta hubungan kekeluargaan semakin kukuh. Seterusnya kehidupan berkeluarga itu menjadi mantap, ceria dan bahagia.

INFO
  4 perkara keluarga bahagia

  1. Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah unsur suci dalam pergaulan suami isteri. Cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati.
  2. Pasangan suami isteri perlu persefahaman menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk. Sikap saling memahami dapat mengelak rasa curiga dan prasangka.
  3. Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami isteri bersifat ‘keakuan’, tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga.
  4. Suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan kepada akibat buruk.

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn