CaRi Kt SiNi

Tuesday, 6 December 2011

Ombak Rindu Watching......


Alhamdullillah akhirnya dapat jugak lynn tonton Filem Ombak Rindu nie.. Walau pun dh 4 hari ditayangkan akhirnya.... best giler... Sebuah lagi karya hebat dari Novel Terlaris "Fauziah Ashaari"  TAHNIAH!!!!!!
Rasanya dh lebey 10 kali lynn baca novel nie.. tiap kali baca tiap kali gak la meleleh air mata... tersentuh dengan jalan ceritanya... Duk dlm panggung pun duk sedu sedan ...he he he... 

Ombak Rindu adalah karya Fauziah Ashari yang dihasilkan kira-kira 12 tahun yang lalu. Ia mengangkat kisah cinta romantik seorang gadis kampung yang terjerat ke lembah hina sehinggalah Hariz muncul menjadi 
penyelamat masa depannya.


SINOPSIS

Izzah adalah seorang anak yatim piatu, sejak kematian ibu dan ayahnya ayah saudaranya lah yang mengambil tugas memelihara Izzah. Izzah dilacur oleh bapa saudaranya sendiri serta sering berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidup dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan Maya Karin.
Disebabkan kesempitan wang Izzah dijual kepada seorang tauke Kelab Malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz lakonan Aaron Aziz. Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal  dan mahu membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz bersetuju mengahwininya, tetapi dengan syarat semuanya mestilah dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak kepada Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair lakonan Lisa Surihani menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran insan ke tiga?







2 comments:

❤Aween Pinkaholicx❤ said...

esok baru g tengok. pastu nak buat review..:-)

MaMaLyNN said...

tak rugi aween p tengok memang best...

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn