
CaRi Kt SiNi
Tuesday, 28 June 2011
Antara masaalah kesihatan yang memalukan kaum wanita

Posted by MaMaLyNN at 01:51 0 comments
Sunday, 26 June 2011
Balik Kampung...
Dah 2 minggu asyik2 dok teringat kt ibu mertua kt Sik nun.. Akhirnya selamat juga sampai hari nie.... Walaupun sekejap saja... terubatlah sedikit rindu tue... hu hu hu... yang best nya...tak sangka la pulak kali nie musim buah-buahan. Turun2 ja kereta mak dh rancak bercerita pasal buah. Borak-borak jugak perut tak sarapan pagi lagi.. aku pun bergegas la ke dapur menjerang air, sementara suamiku pergi ke kedai membeli roti canai. Pergh.... korang tau tak apa yg aku jumpa kt dapur.. selonggok durian. Best gila aku dapat makan roti canai cicah durian... nikmatnya.... erm...... terbaekkkkkkkkkkkkkkkk..

Posted by MaMaLyNN at 09:19 0 comments
Tuesday, 14 June 2011
Anniversary
Salam buat semua yang melayari blog ini...
ToDaY .. 15 June genaplah 8 tahun lynn n hubby melayari bahtera alam perlahwinan..Dalam 8 tahun nie bermacam-macam onak duri yang kami tempuhi. Dalam berumah tangga pasti ada pasang surutnya... Kadangkala memang menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai. Adatlah ada pahit ada manis, asam garam hidup berumah tangga. Dengan Izin yang Maha Esa kita dapat atasinya satu persatu...Akhirnya membawa kebahagian buat kami dan kini kami sudah bertiga.. bersama Muhammad Isma Danial. Kehadiranmu sayang mengukuhkan lagi hubungan mama dengan abah... LoVe YoU So MuCh...
Sesungguhnya hanya tuhan saja yang mengerti dan fahami segala rintihan, keluhan dan luahan hati sepasang suami isteri ini... susah nak digambarkan , payah untuk diungkapkan, tiada kata, tiada bahasa, tiada isyarat yang nak diberikan untuk menggambarkan perasaan ini.
Terlalu istemewa, terlalu dalam, terlalu berharga dan terlalu bernilai erti sebuah perkahwinan ini, sukar untuk dibayangkan jika tiada kasih sayang dalam kebahagiaan...
Jiwa yang kosong telah diisi, hati yang suci telah dinodai, perasaan yang goyah telah kau kukuhkan, semuanya dijadikan satu dalam diri...
Keranamu .. kami jadi satu..
Keranamu.. kami bersatu..
Keranamu.. kami menyatu..
DOA SEORANG ISTERI
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Posted by MaMaLyNN at 18:29 0 comments
Saturday, 11 June 2011
HaPPeNNinG...
Walaupun penat.... Lynn still lagi duk depan laptop nie...Gara-gara entry nie la... Lynn gembira bila tengok anak-anak buah Lynn gembira.. Happy yang berganda-ganda happy nya... ha ha ha over la pulak... Opss!!! terlebih sudah...
Rancang punya rancang jadi jugak rancangan Lynn nak bawak anak-anak jalan-jalan... Rancangan pertama ...nk pi Taiping x jadi... akhirnya Lynn tukar plan .. melawat ke Petrosains Dino Trek2 di Aeon Jusco Bandar Perda, Taman Burung Seberang Jaya n membuat lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Posted by MaMaLyNN at 09:11 0 comments
Wednesday, 8 June 2011
Sungguh tak ku sangka, Drama yang ditayangkan di Slot Akasia TV 3 " Nora Elena nie rupa-rupanya di adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Novel nie memang best dah 7 kali Mamalynn baca.... ha ha ha..Disini MamaLynn kongsikan sinopsis untuk tatapan kalian
SiNoPsiS NoRa EleNa
Berubah
Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalku sendiri
Kelam seluruh jiwaku
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku
Ooo.. Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari
Semuanya telah berakhir.. Ooo..
Semuanya telah berakhir
Oh kasih

Posted by MaMaLyNN at 00:23 0 comments
Tuesday, 7 June 2011
Entry Pertamaku Di Dunia Blog..
Alhamdullillah, akhirnya dapat juga Lynn siapkan blog yang tak seberapa ini.. Super Duper Busy kebelakangan nie. Walau macam mana pun Lynn tetap cuba luangkan sedikit masa untuk hasilkan juga blog ini. Berinternet nie sebenaqnya dah lama dh.. cuma sebelum nie Lynn hanya ber "yahoo messenger" n bersosial di laman sosial " Friendster" saja.
Rasa nak ber "blog" nie makin meluap-luap sejak balik dari Kursus Blog yang dianjurkan Jabatan Lynn pada 2 Jun 2011 Khamis lepas. Berbekalkan ilmu yang ada maka terhasillah blog ini. Percubaan yang boleh dikatakan berjayalah... he he he
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Mamalynn nie baru duk belajar,
Kalau salah mohon tunjuk ajarkan.
Don't expect to much from this blog... I'm not that good in blogging... Baru duk belajar merangkak step by step...
Enjoy visiting this blog and do leave comments okey...

Posted by MaMaLyNN at 01:05 0 comments