CaRi Kt SiNi

Tuesday 14 October 2014

SELOKA HELWANI TPU

Seloka TPU

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Pancur Utama taman kami
TPU nama singkatan diberi
Masyarakat sepakat , bertoleransi
Hidup aman serta harmoni

Biro wanita jawatan diberi
Jalankan tugas penuh dedikasi
orangnya warak manis sekali
Pn Solahiyah empunya diri

Orangnya chubby comel sekali
Menjual wantan ke sana sini
Oder by wtspp, siap delivery
Dialah Nadia isteri Pengerusi

Aktifnya dalam bidang sukan
Bola jaring mainan kegemaran
Olahragawati negara menjadi idaman
Dewi Murni bakal Biro Sukan

Teman berbual Liza dan Tini
Sepantas kilat Yana kemari
Katanya nk tumpang sekali
Sebab nk dengar cerita sensasi

Pulau senda jauh ketepi
Anak dugong x ada gusi
Kak Nor empunya diri
Raut wajahnya serius sekali

Orangnya memang sangat mesra
Semua orang ditegur sapa
X kira tua atau muda
Linda Shah semolek parasnya

Fida, Halida jiran sebelahan
Orangnya sopan kuat beriman
Ilmunya banyak bolehlah tahan
Impian menjadi seorang usahawan

Nama Aida panggilan diberi
Orangnya jenis "happy go lucky'
Hanya Cikgu deris bertahta dihati
Klu x caya cubalah dekati

Kerja Shift x tentu masa
Ketempat kerja menaiki kereta
Ramah orangnya senyum sentiasa
Pn. Norli "baker' kita

Sekali pandang hati tertarik
Sama comel sama cantik
Bawa anak nmpak mcm adik
Nuriazen, Siti, Fini dh ada pemilik

Senyuman manis menawan sukma
Perot memboyot bijak bicaranya
Bab bergaya dia yg pertama
Ima Shafilah itulah orgnya

Eiynami juga berbadan dua
Wajahnya manis persis primadona
Nk follow xtvt tiada berdaya
Next time join kami ya..

Ana, Harisun jarang bersuara
Kalaupun bising itu x sengaja
Kalau terdengar mereka ketawa
Itu x boleh nk kata apa

Seorang lagi budak ini
Baru masuk grup Helwani
Baie nama diberi
Bila wtspp rancak sekali

Enak banget pucuk lemuni
Nasi kerabu dibuat maknani
Jomlah join wtspp HELWANI
Eratkan hubungan sesama insani

Ikan sepat ikan tenggiri
Dikail budak dalam perigi
Tibalah masa mengundur diri
Salah silap harap dimaafi

Kepada semua janganlah terasa
Berseloka sekadar bergurau senda
Usik mengusik sekali sekala
Menghilangkan tension penat bekerja

Ampun maaf saya pohoni
Andai ada yg terkecil hati
Empunnya seloka mengundur diri
Moga kalian terhibur hati

-lynn2014-





Thursday 4 April 2013

Wajah Kesayangan Hamba

  Syukur alhamdullillah hidupku penuh ceria dan bahagia di samping Hubby tercinta yang amat menyayangi dan memahami diriku seadanya.. Terima kasih Ya Allah kau kurniakan aku rezeki yang tak ternilai harganya ini... mama love u Muhammad Isma Danial n Muhammad Nawfal Naquiddin...
 Mempunyai mak abah, mertua yang penyayang, abang, kakak, adik-adik yang sentiasa bersama dikala susah dan senang ,anak-anak sedara yang sentiasa membuat aku terhibur melihat kerenah mereka,  sepupu, ipar duai yang memahami,saling bantu-membantu, prihatin dan mengambil berat di antara satu sama lain, saudara mara jauh dan dekat yang sentiasa bersatu hati serta sahabat yang saling ingat mengingati.. Love u guys
Alhamdulillah..aku bersyukur dengan segala kurniaan MU Ya ALLAH..

Tuesday 25 December 2012

Salam sayang wt semua

Kadangkala kata tak terluah, bibir kelu, suara membisu.. biarlah penulisan merungkai segala kisah jiwa...


Firstly lynn nk mohon maaf kerana membiarkan blog ini sepi tanpa entri. Bebanan kerja yang terlalu banyak serta beberapa perubahan dalam rutin harian  sedikit sebanyak menyumbang kearah itu... :D

Kadang kala korang perasan x bila buka blog, niat nk menulis entri tapi idea hilang entah kemana-mana... sebagai seorang blogger pasti korang pn pernah mengalami situasi begini kan?

 Ada kalanya idea datang mencurah-curah... sampaikan kadang kala tak menang tangan nk menaipnya.
Namun ada juga ketikanya bila nk taip  satu entri pn  ARGHHHHHHHHHHHHH.....terasa macam budak-budak baru blajar nk menaip.

Satu persatu huruf dicari2nya ... betapa sukarnya... taip.... delete.. taip... delete.. kan?. waktunya nie la blog dibiarkan tanpa di updated n dibiarkan bersawang seketika... he he he betul kan... inilah hakikatnya kenapa ramai blogger2 membiarkan blog mereka tanpa entri... :P

Monday 28 May 2012

Karnival Perpustakaan 2012

Jumaat lepas opis Lyn telah melaksanakan  satu program untuk menggalak dan memupuk minat membaca dikalangan masyarakat Penang  iaitu Karnival Perpustakaan - Jom Pakat-Pakai Mai & semperna Celebrating The 50th Anniversary Of Peace Corp. Lyn dan kawan2 Daerah SPS telah di pertugaskan untuk mengendalikan Pertandingan Bercerita.. Fuhh.... ketaq beb tiba2 Pegawai suruh jd MC pagi tu... Lyn sahut cabaran tu, lagipun  semua kawan  lain tak berani lain la kalau Cym..  dia meme berbakat. Suara dia meme terbaek... Dalam waktu yang sama dia plak ditugaskan menjadi juri...mau tak mau Lyn kena wt jugak la. Mula ja ketaq pastu stedy dh.. cewah....... ha ha ha... Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar...








Saturday 26 May 2012

Berlibur at Batu Feringhi

Meme dah jadi hobi asal cuti saja mesti x lekat kat umah . . . memancing la, ke sana la ke sini la.... Life must enjoy tak gitue . . . he he he ayat tak ley blah kan. Plan nk p blah Balik Pulau tapi waktu tak mengizinkan . . . sbb waktu tue dh pukul 5 lebey dh... jd kt cini ajalah ley lepak2 pun.



 Apa yang ada pada laut erk....? sampaikan Lyn, Atih n Mak suka sangat dengan laut . . . cukup sekadar dapat tengok laut , main d gigi-gigi ombak ia amat mendamaikan hati . . . seronok tak terkata.

 Lain la kalau si anak truna tunggal Lyn tu berkubang tak hingga-hingga.  Paklang dia pun kaki melayan lagi naik kepala la budak tu. Haish.... sampai tak boleh ditegur. Maktok dia pun dh pening kepala . . .  Paklang jala ikan yang anak sdara mengekoq kot blakang duk kutip ikan. he he he best gak skali skala cm nie... slalu lepak2 ja tak sangka kali ni Alang bawak jala.. fuhh.. puas ati banyak gak dapat ikan ,ketam 2 eko n udang ada 8 eko.. jenuh siang... hu hu hu. Gambo menjala x sempat nk snap waktu tue bateri dh low gile dh...



Tak besa dibuat orang waktu2 magrib masih tepi laut ha ha ha.. hari ini dalam sejarah la... sampai sekoq manusia pn dh tak da kt citu waktu tu.. hanya kami anak beranak ja yg tinggal... Tepat kul 8 bru kami gerak.   Puas kami  gomol si Cino kucing garfiel kepunyaan Alang. Besaq sungguh..... nak dokong pn tak larat.. haiiya manyak busat... he he he


Tuesday 22 May 2012

My DaD...

Mula2 p hantar mak kt umah Alang dulu, pastu baru kami p mlawat abah kt umah mak tiri. Cian Abah masih tak sihat2 lagi... Luka operation masih belum sembuh, usus pun blum dimasukkan semula lagi. Menurut  doktor 3 bulan baru usus akan dimasukkan semula ke tempat asalnya..

 Luka yang belum sembuh.... dh jahit tapi buka balik... hu hu hu

Alhamdullillah waktu kami sampai tu mak tiri n anak beranak tak da kt umah jadi kami bebas la nk brcakap2 dengan abah... masuk-masuk abah dh tanya " mana mak ampa tak mai ka" ya allah lyn serba salah nk jawab sebenarnya mujurlah atih cepat2 mencelah.." mak tak cihat" sebenarnya kami dh hantar mak kt umah Alang. Mana mungkin bertemu dengan manusia itu..  Nampak jelas abah trlalu mengharap kedatangan mak..." maafkan kak abah.... mak tak boleh p rumah tue.." mulut lyn bagai terkunci daripada terus bersuara... rasa sebak menyelubungi diri tatkala mendengar suara abah yang tak putus-putus bertanya tentang keadaan mak. Rindu kepada isteri pertamanya, namun apa lah daya, kini dia tak mampu berbuat apa2... Mak juga rindukan abah, sejak abah masuk Hospital lagi mak dh kurang selera makan.. Hanya perbualan telefon saja la yang dapat melepaskan rindu mak kepada abah buat sementara nie... Insyaallah kalau abah dh boleh berjalan nanti kami akan bawak abah balik Sungai Kechil. Itu yang abah  harap2kan sangatkan.. dan kepulangan abah juga akan disambut gembira oleh mak nanti... mereka terpisah oleh keadaan....maaf abah kak tak boleh duduk lama kemarin, Atih nak cepat2 keluar bukan apa dia tak mau bertembung dengan makcik... kalau boleh semua hati kak nak jaga, kak tak mau ada yang terasa hati.. tapi kak juga manusia biasa yang ada kelemahannya... dalam 7 orang anak-anak abah hanya kak sorang anak perempuan abah yang boleh bersua muka dengan makcik n adik bradik sana selain Along n Alang... kak hemoi sebab nak jaga hati abah... kadang2 kak terpaksa menipu untuk kebaikan kita semua... kak rela dipersalahkan asalkan kita semua bahagia... perkara yang lalu biarkan lah berlalu tak usah di ungkitkan lagi....

Tuesday 15 May 2012

Realiti Kehidupan

~ Seandainya hidup ini punca perpisahan . . . biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan . . . biarlah hidup memberi erti yang nyata ~




Pernah tak korang rasa hidup ini bagaikan mimpi ???? bagi Lynn hidup ini memang kekadang tak seindah mimpi, lain yang diharapkan lain yang menjadi . . . korang setuju tak dengan  pendapat Lynn tue? kekadang manis kekadang pahit . . . inilah resam kehidupan. Tuhan sentiasa menguji hambanya.. however mimpi dikatakan indah sebab selalunya dalam mimpi tiada halangan dan cabaran unlike in the reality . . . tapi cemana indah pun mimpi, sure akan berakhir  juga bila kita jaga dan macam mana indah pun hidup, sure akan berakhir dengan kematian. So apa yang indah kalau semuanya hanya sementara? Hidup ini pun nyata sementara. Kita hanyalah pinjaman Allah swt, mimpi (tidur) juga dikira mati kecil. ia tetap sementara. tapi yang indah itu sendiri boleh dicipta kalau hati kita tahu bersyukur @ mungkin yang sementara itu sendiri akan membuatkan sesuatu yang indah walau hanya seketika . . .
Wake up !!!!!!!!!!!! jangan hidup dalam mimpi . . . Selama mana kita masih di buai mimpi . . . selama itulah juga kita akan hilang nikmat mengecapi realiti . . . mimpi . . . impian . . . khayalan . . . dan angan-angan umpama kepulan asap yang akan hilang tiba-tiba bila sang bayu muncul . . . sepahit-pahit realiti  . .  pasti tak setanding, sehebat manisnya mimpi . . . kerana realiti itu nyata ada.








CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn