CaRi Kt SiNi

Wednesday 28 December 2011

Sepetang at Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut

Erm.... dh bersawang bloq nie dekat 4 minggu dh tak update... hu hu hu super duper busy kebelakangan nie... bulan disember nie sibuk bebenau.. dengan kursus la, seminar la, bengkel la, mesyuarat la, SKT la... windu n dah gatal tangan nak ping entry2 baru... Petang semalam anak sdara lynn call nk minta tolong antar dia ke SP. Kebetulan lynn cuti arytu jd mau tak mau kna la antar.... sementara nk tnggu dia jmpa kawan dia, lynn sempat hubungi teman lama lynn yang duk kt area citu. Dia bawa lynn jalan-jalan sekitar Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut. Tak sangka upanya kt situ ada Hutan Paya Bakau terbesar yang dilindungi di Malaysia.

Kompleks jeti tue terdiri daripada Muzium Hutan Simpan Paya Bakau Auditorium, Dewan serbaguna, Pusat maklumat pelancongan, ponton jeti dan kawasan muatan bot. Kemudahan asas yang disediakan anaranya tempat letak kereta, jambatan ponton, tandas, restoran pesisir sungai, kedai cenderamata dan juga surau. Terdapat juga laluan pejalan kaki konkrit 1 km panjangnya, dimana ia menawarkan gambaran yang lebih dekat mengenai hutan bakau kawasan sekitar.


First time lynn tengok dapur membakar kayu arang kt sini. Seronok dapat menikmati kehijauan alam ciptaan tuhan.Cantik sangat... kalau dapat menyelusuri keindahan alam dengan bot lagi best... next time nak ronda2 dengan bot plak la... mesti lagi happenning...

Masa on the way nak balik kami singgah kt gerai tepi jalan .. macam-macam siput ada dijual kt situ antaranya lokan, mentarag, kepah dan juga tiram. He he he lynn beli lokan 3 kilo n mentarang 3 kilo.. balik nak jamu adik beradik makan... sayangnya my favourite suput sudu tak ada.... erm.....
Thanks friend coz sudi teman lynn kemarin.... Kenangan yang tak
mungkin lynn lupakan sampai bila2...

0 comments:

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn