CaRi Kt SiNi

Monday 26 September 2011

Lepak KinG at BaN PeCaH

Aura merah ..

Hujung minggu aje aku mulai bosan . . . bukan apa hubby cuti x sama ngan lynn macam nie la jadinya... duk kt umah asyik nak golek2 ja.Kebetulan petang tu lynn pi umah maklang tgk si kecik Irdina Sofea... jmpa dengan sepupu depa pn sama2 boring... tak tau nk lepak kat mana... paling dekat ban pecah ja la... kul 3.40 kami bertolak la... sampai kt sana tgk alamak bnyak la couple duk datting... mat2 lepak pn ramai... kami cari port yang hujung skit.. baru tak da gangguan.. ley amek angin petang tanpa gangguan...



Nak tergelak sungguh la tgk mat2 yang nk tackle spupu lynn cikja... nak tackle tapi malu.. ha ha ha.. rupa hensome dh.. bila senyum alamak.. gigi tak de la plak... sronok sangat duk lepak tepi pantai, angin sepoi2 bahasa, tenang ja... tak lah boring sangat. duk kt rumah kalu... rasa cemuih..

Nasib baik la cikja x pernah sampai kt citu.. ley gak bawak rounda2....tatau la cikja asyik duk snap gambaq ja... he he he lynn pn apa lagi.. pantang tgk cmera.. ghenyeh sakan la ha ha ha.... Lama gak kami lepak kt citu kul 6.50 petang bru gerak nak balik.. mamat2 tadi punya follow kami kot blakang.. nak minta no tel malu la konon... ikut dari ban pecah sampai parit buntar... duk babai2 ja.. sip bek la tak ada polis kalu tak mampos ... helmet pn tak pakai gara2 nak ngorat.. ha ha ha...

Monday 19 September 2011

Projek LeMaNg..

Bahang Syawal masih lagi terasa biarpun lagi 10 hari ia bakal melabuhkan tiranya.. sedar tak sedar hari nie dh pun 20 Syawal 1432 no...
Sana open house sini open house tapi lynn tak puas lagi makan lemang, so hari nie cuti n lynn dh berpakat ngan Maklang nk wt lemang. Nak makan puas2.. x pa tak puas lagi lepas nie ley wt lagi...
Segala proses untuk membuat lemang lynn, maklang yang buat sendiri tau... he he dari cari buluh sampailah jaga api semuanya lynn wt sendiri ..Pendek kata dari A ke Z la.... bangga giler n Satu kepuasan yang teramat sangat...

Miang pn tak pa janji dapat makan hasil titik peluh sendiri...

Menurut arwah Tokwan buluh lemang yang sudah ditebang @ yang sudah siap dipotong tidak boleh dilangkah. Ia kerana boleh menyebabkan lemang tidak masak atau lemang 'muntah' sewaktu dimasak. Oleh yang demikian sewaktu proses mencari / menebang buluh sehinggalah ia dibakar pantang larang tersebut kenalah dipatuhi, bagi memastikan lemang yang dibuat menjadi.

Proses membuat lemang..
- Cari buluh lemang yang sesuai jangan terlalu besar @ terlalu kecil
- Cuci buluh menggunakan sabut kelapa bagi menghilangkan miang yang ada pada buluh tersebut

- Kemudian daun pisang muda digulung lalu dimasukan ke dalam buluh mengikut saiz buluh yang dipotong ( sory step nie tak sempat nak snap pic bateri dh abis)
- Masukan beras pulut yang direndam bersama santan ke dalam batang buluh , sedikit demi sedikit. masukan beras pulut agak 3/4 daripada buluh tersebut. Sambil dihentakkan perlahan-lahan agar beras pulut dapat menisi ruang pada buluh tersebut. Haruslah di ingatkan agar tidak terlalu kuat hentakan tersebut.... ia bimbang tiada ruang pada beras pulut untuk mengembang sewaktu proses membakar nnti.
- Sementara proses memasukan beras pulut ke dalam buluh siap anda dinasihatkan menyediakan api . Dengan menggunakan 2 pancang besi kiri dan kanan. (panjangnya bergantung kepada banyak lemang yang akan dibakar). Pastikan ada galang besi ditengah-tengah bagi tempat menyandarkan lemang.
First time wt sndiri nie...


- Penjagaan api amatlah penting. Api janganlah terlalu kuat bimbang lemang anda tidak masak sekata @ hangus.Apa yang penting lemang haruslah dialih-alihkan( dipusing_pusing kedudukannya) supaya lemang masak sekata
- Setelah lemang mendidih anda hendaklah menghentak-hentakkan ia supaya ia lebih padat. Masak sehingga buluh tadi kecut dan kekuning-kuningan. Untuk memastikan lemang anda masak bolehlah anda mencolek sedikit pulut dan rasa adakah kandungannya sudah masak atau belum...
- setelah masak.. belah lah lemang tersebut n ia sedia dimakan.... pergh sodap beb makan panas2...




CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn