CaRi Kt SiNi

Monday 4 July 2011

SaYanG..

Kita tak pernah terlepas dari perasaan untuk menyayangi dan disayangi... Sebagai manusia kita memang dilahirkan dengan fitrah untuk berkasih sayang.. Skop kasih sayang ini amatlah meluas. Bukan hanya kasih sayang pada kekasih... kasih sayang pada keluarga, kawan-kawan malahan haiwan juga... Kat sini Lynn terpanggil untuk membicarakan tentang isu ini..

Apakah yang anda faham tentang SaYanG
Panggilan " SaYanG" adakah anda menzahirkan apa yang anda ungkapkan itu atau sekadar suka-suka nak panggil kt sapa-sapa saja..??

SaYanG adalah apabila ada kejujuran, kepercayaan, saling memahami, saling menerima buruk dan baik, kelebihan dan kelemahan, saling mengambil berat, perkongsian ke arah satu tujuan yang sama.... iaitu perkahwinan...

Mungkin akan ada sedikit prejudis, sedikit egois atau sangsi... tapi semua tertabir dengan rasa bahagia disayangi dan menyayangi.... rasa rindu... jauh jadi dekat.. sepanjang masa teringat dan terfikirkan dia... dia buatkan kekurangan kita jadi kelebihan dan hati kita tenang...
SaYanG ... mungkin mengharapkan dia berbuat segalanya untuk kita... tapi ... pada masa yang sama kita akan cuba untuk tidak menyusahkan atau membebankan dia... bermanja bukan alasan untuk merimaskan dia dengan rengek-rengekkan... sebaliknya cuba memanjakannya dengan tolak ansur adalah tindakan yang lebih matang...

Kerana perhubungan ini dibina bukan untuk setahun dua.... tetapi untuk dunia dan akhirat... maka Allah lah Yang Maha Tahu.... Kepadanya kita berdoa agar sekiranya dia adalah untuk kita maka agar dipermudahkan segalanya dan dipanjnagkan jodoh, sekiranya dia bukan untuk kita, jauhkanlah hati kita dari terus menyayanginya....

Walaupun SaYanG memerlukan pengorbanan... tetapi restu ibubapa bukan salah satu daripadanya... selamatnya hidup anak adalah dengan keredhaan ibubapanya.....
................................................
i say what i mean n i mean what i say... kalau dah panggil SaYanG tue.. bermakna SaYanG lah ... kalau tak SaYanG x kan nak panggil SaYanG... apa yang penting Lynn SaYanG pada 2 KeKaSiH HaTi nie...



" Apa yang penting ...Jangan sesekali tinggalkan orang yang kita SaYanG untuk kerana orang yang kite suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SaYanG....Jangan cuba dapatkan apa yang kita SaYanG.. tetapi... sayanglah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SaYanG.... kerana orang yang sayangkan kita mungkin orang yang sebenarnye kita SaYanG... lebih baik untuk kita bersama orang yang sayangkan kita dari orang yang kita SaYanG... kerana orang yang kita sayang mungkin hanya sukakan kita tanpa rasa SaYanG ....."

0 comments:

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn