CaRi Kt SiNi

Monday 11 July 2011

Rounda2 KaT Ladang AnGGuR

Alang-alang balik kampung kali nie lynn mengambil kesempatan membawa Makngah yang baru datang dari Pahang, mak, maklang, ibu mertua serta Danial ke Ladang Anggur Tasik Beris di Daerah Sik Kedah. Daerah kelahiran En suami dan juga rumah mertua.


First time mak, maklang dengan makngah sampai kt Ladang Anggur Beris nie. Tiket masuk bagi dewasa RM3 seorang manakala kanak-kanak RM2.
Sian kt En. Suami.. kita orang tinggal dia dengan harapan dapatlah ke kebun mengait buah rambutan dan manggis.. Rupa-rupanya ujan lebat. "Cian abang len kali kita p len k"

 Ladang anggur nie berkeluasan 34 ekar bersebelahan dengan Tasek Beris (Beris Lake Vineyard) mempunyai 4 varieti anggur iaitu Black Opal, Black Grape,White Malaga dan Loose Pelite.
Waktu kami sampai hanya anggur jenis Black Grape n Loose Pelite aje yang berbuah. Jenis Black Opal n White Malaga belum musim agaknya tak pun sudah dipetik.
Terdapat juga sebuah kedai yang menjual pelbagai produk berasaskan anggur. Antaranya jus/kordial, jem/ losyen/ sabun/ Krim mandi dan yang pastinya juga buah anggur segar yang dipetik dari ladang.
Buah anggur yang dijual disini agak mahal berbanding di pasaran. 1 paket dijual dengan harga RM 12.50
Rasanya agak pejal, manis dan buahnya juga tak ada biji


0 comments:

CoPyRiGhT©2010-2011All Right Reserved By MaMaLyNn